Friday, March 13, 2009

Sejarah Sri Abim Johor Bahru


Sekolah Rendah Islam ABIM Johor (SRI JB) adalah institusi pendidikan rendah sepertimana yang diluluskan pada 3 Disember 1989 oleh pihak Jabatan Pendidikan negeri Johor setelah mendapat kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhannya juga berdasarkan pandangan pendidikan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Ia adalah inisiatif ABIM Johor untuk memajukan rancangan pendidikan pra sekolah selepas penubuhan Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) serta kesinambungan pendidikan bersepadu yang berteraskan Islam. Kini nama sekolah dikenali sebagai Sekolah SRI Johor Bahru. Manakala premis sekolah juga telah berpindah ke bangunan yang lebih selesa dan mempunyai pelbagai kelengkapan, kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi menampung sambutan masyarakat yang menggalakkan. Terdapat kira-kira 35 tenaga pengajar sepenuh masa termasuk staf pentadbiran sekolah. Tenaga pengajar terdiri daripada guru yang terlatih dan berpengalaman di dalam bidang masing-masing.

1 comments:

JohorBlogLink said...

come join to link ur blog to http://johorbloglink.blogspot.com/

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top